Tular Experiment ‘Dine In’, Komen Balas Lelaki Ini Raih Perhatian

Trending

Tular Experiment ‘Dine In’, Komen Balas Lelaki Ini Raih Perhatian

Seperti yang kita tahu, individu yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin kini diberikan kemudahan tambahan sektor ekonomi dan sosial oleh kerajaan. Kemudahan tersebut termasuklah kebenaran untuk aktiviti dine in di premis makanan di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Namun begitu, arahan ini nampaknya dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Malah lebih teruk lagi, ada individu yang bertindak mengambil kesempatan masuk ke premis perniagaan tanpa menunjukkan sijil vaksinasi yang sah.

Advertisement

4 bulan lalu

Bangga Dapat 'Dine In' Walau Tak Vaksin, Individu Ini Dikecam

Sebelum ini tular satu perkongsian tentang seorang wanita mengaku membuat social experiment selepas kerajaan memberi kemudahan tambahan kepada penerima vaksin lengkap dan telah mendakwa dia berjaya untuk dine in di sebuah premis makanan tanpa memerlukan vaksin lengkap.

“Saya adalah orang yang menyokong penuh akak buat sosial experiment. Sebab saya beranggapan akak orang yang banyak duit, sampai tak tahu nak buat apa dgn duit”

Susulan penularan perkongsian tersebut, muncul satu lagi perkongsian di laman Facebook yang berkongsi tentang pengalamannya sendiri berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan wanita yang tular tersebut iaitu mengenai kes mengeluarkan berita palsu.

Dalam perkongsian tersebut, individu itu berkongsi yang wanita tersebut perlu bersedia untuk diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab susulan tindakannya itu.

Advertisement

Dia mengatakan yang insiden wanita itu bukan hanya berkenaan kes pelanggaran standard operating procedure (SOP) malah juga boleh disabit kesalahan dalam akta berita palsu kerana mengeluarkan perkongsian yang membawa ke arah hasutan dan panik untuk orang awam.

Dia juga berkongsi tentang hukuman dan denda yang boleh dikenakan jika seseorang individu disabitkan kesalahan di bawah akta tersebut. Bukan setakat hukuman dan denda, dia turut memperincikan berkenaan procedure yang perlu dilalui serta jumlah wang yang perlu disediakan untuk urusan mahkamah.

Tindakannya itu secara tidak langsung telah membuka mata ramai orang tentang akibat jika terlibat dalam kesalahan mengeluarkan berita palsu.

“Orang lain pun bebas saja kemana, tetapi dorang diam-diam saja”

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 8.2 ribu tanda like dan 3.2 ribu komen. Rata-rata netizen membidas tindakan wanita tersebut dan bersetuju jika diberi balasan yang setimpal atas perbuatannya itu.

Ada juga yang berseloroh menyuruh wanita tersebut bersedia dengan wang yang secukupnya untuk digunakan ketika tuntutan kes di mahkamah.

Komen Facebook susulan kes wanita bangga dapat dine in walau tak vaksin

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Facebook

Tidak kurang juga yang berterima kasih kepada pengguna yang berkongsi tentang pengalamannya tersebut kerana memberi satu ilmu yang baru buat mereka.

Apa-apa pun, semoga perkara yang terjadi ini dapat kita jadikan iktibar dan berusaha untuk tidak melakukan kesalahan yang sama kerana takut kita pula tidak mampu untuk tanggung akibatnya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...