Boleh dikatakan, cerita tentang kanak-kanak atau budak kecil ini tidak pernah lekang diperkatakan di media sosial. Ada sahaja cerita yang keluarkan? Kadangkala, mesti ada aksi-aksi pelik dan lucu yang mereka buat sehingga ada yang tular sampai ke luar negara.
Seperti yang kita tahu, budak kecil ini sememangnya mempunyai telatah dan gelagat yang mampu menghiburkan ramai orang. Walaupun kadangkala mood swing mereka sampai, tetapi kebanyakan waktu yang lain pastinya dipenuhi dengan telatah lucu dan menghiburkan.
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil pastinya sudah lihat bermacam-macam gelagat dan ragam mereka kan? Kadangkala, sampai pening kepala dibuatnya nak melayan telatah mereka ini. Tetapi, mereka jugalah pengubat hati dan individu yang boleh buat kita hilang rasa bosan.
Budak kecil pura-pura tidur lepas kena marah dengan ibu kerana main telefon
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @azliena.aziz yang memaparkan gelagat seorang budak perempuan berpura-pura untuk tidur selepas dimarahi oleh ibunya.
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di dalam sebuah kereta dan dalam perjalanan menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui. Budak perempuan tersebut duduk di kerusi belakang bersama atuk dan neneknya.
Difahamkan, budak perempuan tersebut ketika itu sedang memegang telefon atuknya untuk bermain namun dimarahi ibunya kerana ibunya tidak membenarkan dia bermain telefon.
Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila budak perempuan itu kemudiannya berpura-pura untuk tidur bagi mengelakkan daripada dimarahi ibunya. Lebih melucukan, dia sempat mengintai sikit ketika dia berpura-pura itu.
“Neneknya pun berlakon tidur, tu yang cucu pun pandai berlakon tu. Comel”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 118.3 ribu tontonan, 7.3 ribu tanda like dan 168 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak perempuan tersebut yang pura-pura tidur.
Ada juga yang berseloroh mengatakan yang budak perempuan itu pandai berlakon tidur kerana belajar dari neneknya yang juga berlakon tidur. Tidak kurang juga yang terhibur kerana kecomelan budak perempuan tersebut.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara