Gegar Vaganza Bukan ‘Apak’ Saya Punya – Datuk Ramli MS

Hiburan

Gegar Vaganza Bukan ‘Apak’ Saya Punya – Datuk Ramli MS

Meastro muzik terkenal, Datuk Ramli MS tampil memberi sedikit dua kata mengenai isu kontroversi melibatkan kemenangan bintang Gegar Vaganza musim ke-8 yang didakwa sesetengah netizen sebagai tidak adil dan berat sebelah.

Ujar Ramli, terdapat empat juri profesional yang ditugaskan untuk memberi markah dan ketua juri pula tidak boleh menukar markah yang diberikan juri yang lain.

Advertisement

Dia menjawab demikian dalam sebuah ruangan komen Instagram bagi meleraikan persoalan peminat program nyanyian itu yang bertanyakan mengapa gelaran juara diberikan kepada Aliff Aziz dan bukannya Nikki Palikat

Astro Gegar Vaganza tu bukan apak (bapak) saya punya. Ada empat juri yang bagi markah. Kena hormat nombor-nombor itu, majoriti mutlak. Ketua juri tak boleh tukar markah juri lain.

Kata suami kepada penyanyi Aliyah itu lagi, keputusan peringkat akhir GV8 yang berlangsung Ahad lepas adalah majoriti mutlak dan turut menjelaskan bahawa masih ramai penonton di luar sana tidak faham akan konsep penjurian.

Dalam suara ada seni dan teknikal. Kena guna data yang ada di minda tu. Kalau tak Aweera yang suara kuat, tinggi atau Nikki menang tanpa bertanding.

Advertisement

Terdahulu, Aliff Aziz telah dinobatkan sebagai juara GV8 yang membawa pulang hadiah wang kemenangan sebanyak RM100,000.

Manakala tempat kedua pula menjadi milik Nikki Palikat, ketiga Suki Low, keempat Adibah Noor, kelima Azan Scan dan keenam Aweera.

Datuk Ramli MS
6 bulan lalu

"Mungkin Tersingkir Berjemaah" 2 Minggu Tiada Penyingkiran Di GV8, Ini Respon Datuk Ramli MS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    January 27, 2022 at 5:18 pm

    Biarlah kalau dah rezki Alif. Memang saya tak suka si budak anak abu ni BUT dia performed so well n the final and get my respect. Lets be more objective, there are 4 judges n Tok Ram bukan the only judge. Be a sport n not sour grape.

  2. Raf

    January 27, 2022 at 5:12 pm

    Ini semua fikiran mcm presiden celebrity yg bodoh tu. Bila Aaron Aziz menang artis popular, mcm2 si bongok ni kasi negative comment. Kalau bagus takpe juga boleh komen.immature low class mentality

  3. Anonymous

    January 27, 2022 at 10:09 am

    Aliff mmg layak juara sbb telah perform dgn sangat bagus di mlm akhir. Tiada istilah pilih kaseh atau bgi susu kpd kera di hutan ank di rumah mati kelaparan. Cuci hati upgrade minda kpd yg x terima fakta dn susunan Allah. Nada tinggi yg mnjerit jerit bukan teket sebagai bagus…seni suara ada brbagai rentak dn teknik. Biar juri mnilai. Johari jua yg mngenal maknikam,jgn x pandai menar lantai dikata jungkang jungkit.

  4. Anonymous

    January 26, 2022 at 9:52 am

    ok je kot aliff aziz menang. apa masalahnye? mmg top 3 tu agak sengit n susah nk jangka between suki, nikki and aliff. tapi aku rasa ok je aliff menang. aweera pulak slack kat battle. hmmm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...