Meastro muzik terkenal, Datuk Ramli MS tampil memberi sedikit dua kata mengenai isu kontroversi melibatkan kemenangan bintang Gegar Vaganza musim ke-8 yang didakwa sesetengah netizen sebagai tidak adil dan berat sebelah.
Ujar Ramli, terdapat empat juri profesional yang ditugaskan untuk memberi markah dan ketua juri pula tidak boleh menukar markah yang diberikan juri yang lain.
Dia menjawab demikian dalam sebuah ruangan komen Instagram bagi meleraikan persoalan peminat program nyanyian itu yang bertanyakan mengapa gelaran juara diberikan kepada Aliff Aziz dan bukannya Nikki Palikat
Astro Gegar Vaganza tu bukan apak (bapak) saya punya. Ada empat juri yang bagi markah. Kena hormat nombor-nombor itu, majoriti mutlak. Ketua juri tak boleh tukar markah juri lain.
Kata suami kepada penyanyi Aliyah itu lagi, keputusan peringkat akhir GV8 yang berlangsung Ahad lepas adalah majoriti mutlak dan turut menjelaskan bahawa masih ramai penonton di luar sana tidak faham akan konsep penjurian.
Dalam suara ada seni dan teknikal. Kena guna data yang ada di minda tu. Kalau tak Aweera yang suara kuat, tinggi atau Nikki menang tanpa bertanding.
Terdahulu, Aliff Aziz telah dinobatkan sebagai juara GV8 yang membawa pulang hadiah wang kemenangan sebanyak RM100,000.
Manakala tempat kedua pula menjadi milik Nikki Palikat, ketiga Suki Low, keempat Adibah Noor, kelima Azan Scan dan keenam Aweera.