Sebelum wujudnya dapur gas dan elektrik, orang lama seperti atok dan nenek kita akan menggunakan dapur kayu untuk memasak juadah harian. Tak terbayang betapa susahnya nak hidupkan kayu api setiap hari, tapi sebenarnya seronok juga. Ini kerana, tak dapat dinafikan masakan yang menggunakan kayu api ini aromanya lebih sedap jika dibandingkan dengan dapur gas. Fuhh!
Mungkin sebab itulah gadis berusia 23 tahun ini tampil dengan kelainan apabila memasak menggunakan dapur kayu sebagai content di YouTube. Gadis ini dikenali sebagai Rozana Mohamad Hamidi dan telah wujudkan YouTube sejak bulan 3 lalu dengan nama Rozek TV. Kini Rozana telah mendapat lebih 120,000 pengikut dengan perkongsian pelbagai jenis masakan di luar rumah.
“Saya suka memasak pakai dapur kayu sejak dulu lagi walaupun dekat rumah ada je dapur gas biasa. Kalau pakai dapur kayu ni, aroma dia tu akan masuk dalam masakan dan jadi lebih sedap.” – Kata Rozana kepada mStar.
Rozana yang ditemuramah mStar turut berkongsi, ada pengikutnya yang kurang senang dan menganggap apa yang dilakukannya menyusahkan. Rozana bagaimanapun tidak melatah dan menjelaskan dia melakukan perkara ini kerana minat dan seronok memasak di luar rumah menggunakan kayu api.
Bagi Rozana memasak menggunakan kayu api ini tidak sukar jika sudah mahir dan tidak pernah ada masalah disambar api.
Diharapkan agar Rozana meneruskan masakan seperti ini kerana ia amat menarik untuk ditonton. Rasanya tiada lagi content masak guna kayu api macam Rozek TV dekat Malaysia. Apa lagi, korang pergilah subscribe YouTube Rozek TV tanda sokongan. Terbaik!
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara