Resipi Kari Ayam Dari YouTuber Malaysia Sugu Pavithra Jadi Panduan Pasangan Jepun Untuk Memasak

Trending

Resipi Kari Ayam Dari YouTuber Malaysia Sugu Pavithra Jadi Panduan Pasangan Jepun Untuk Memasak

YouTuber Malaysia, Sugu Pavithra antara yang menjadi sebutan netizen sejak kebelakangan ini di atas perkongsian resipi-resipi menarik yang dikongsikan. Suri rumah berbangsa India itu kini mempunyai lebih 317,000 subscribers di akaun YouTube miliknya itu.

Baca: Gemar Kongsi Resipi, Suri Rumah Berbangsa India Raih Lebih 100k Pengikut

Advertisement

Sugu bukan sahaja mendapat perhatian penonton di Malaysia malah mereka yang berada di luar negara juga turut menonton video masakannya. Pasangan dari Jepun ini mencuba sendiri resipi masakan kari ayam mengikut video resipi yang dimuatnaik oleh Sugu.

Pasangan vlogger Jepun iChang RM memuatnaik video mereka mencuba untuk masak sendiri kari ayam yang kini menerima lebih 250,000 tontonan. Walaupun video resipi daripada Sugu adalah di dalam Bahasa Melayu, mereka cuba mendapatkan bantuan Google Translate untuk mengetahui bahan-bahan yang digunakan.

sugu pavithra

sugu pavithra

Selain daripada perbezaan bahasa, pasangan ini juga tidak mempunyai akses pada bahan-bahan tempatan seperti serbuk kari yang digunakan. Tetapi mereka berjaya menghasilkan sendiri serbuk kari memandangkan di tempat tinggal mereka tidak menjualnya di sana.

Pasangan ini mengikuti satu persatu tips yang diberikan oleh Sugu dan menonton video tersebut sambil memasak. Malah, mereka juga menggunakan daun pisang sebagai alas makan seperti yang dilakukan oleh Sugu di dalam video. Bukan itu sahaja, mereka juga makan menggunakan tangan bagi merasai sendiri budaya makan di Malaysia.

youtuber jepun

Sugu Pavithra sering memuatnaik video masakan dengan hanya merakamkan menggunakan telefon bimbit sahaja. Resipi yang dikongsikan juga adalah masakan tempatan namun ianya berjaya menarik perhatian mereka dari luar negara untuk mencuba. Baru-baru ini juga, dia telah menerima bayaran daripada Google sebagai pulangan selepas mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.