Sebuah ambulans yang membawa pesakit tidak sempat sampai ke hospital pada waktu yang sepatutnya akibat kesesakan lalu lintas yang teruk dan tiada kerjasama daripada pengguna jalan raya.
Menurut laporan Utusan, pesakit yang merupakan seorang bayi itu meninggal dunia di dalam ambulans dan situasi itu dikesali pelbagai pihak termasuk pemandu kenderaan kecemasan tersebut.
Menerusi satu video yang tular, pemandu ambulans itu dilihat menghantar pesakit itu ke hospital dan memaklumkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia.
Kami menjemput pesakit yang merupakan seorang bayi di Rappocini untuk dibawa ke hospital Daya Makassar.
Tambahnya lagi, pengguna jalan raya enggan memberi laluan kepada mereka, selain tiada pasukan keselamatan mengiringi perjalanan ke hospital.
Kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dengan tiada sesiapa mahu berikan kami laluan segera.
Akibatnya, bayi itu meninggal di dalam ambulans dan kami hanya mampu menyaksikan ibu bapanya menangis. Hal ini tidak seharusnya berlaku.
Video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada ibu bapa bayi tersebut.