Gara-Gara ‘Mak Cik Puaka’ Tak Puas Hati, Suami Isteri Dicekup Khalwat Di Hotel Bajet – “Sebab Tak Makan Kat Kedai Dia”

Kehidupan

Gara-Gara ‘Mak Cik Puaka’ Tak Puas Hati, Suami Isteri Dicekup Khalwat Di Hotel Bajet – “Sebab Tak Makan Kat Kedai Dia”

Satu hantaran video menjadi tular di media sosial apabila satu pasangan suami isteri ‘dicekup khalwat’ di sebuah hotel bajet hanya disebabkan ‘mak cik puaka’.

Hanya disebabkan itu, difahamkan pemilik restoran tersebut tidak puas hati dan melaporkan kepada Jabatan Agama tentang pasangan suami isteri berkenaan telah ‘check-in’ di hotel berdekatan.

Advertisement
suami isteri kena cekup khalwatSumber : TikTok  

Ujar ‘mangsa’,  Zaid Rodzuan, dia dan isteri  dijadualkan berlepas ke Paris untuk bercuti pada jam 4 pagi dan mengambil keputusan untuk mendaftar masuk hotel bajet buat sementara waktu.

Setelah ‘check in’, Zaid dan isteri pergi ke sebuah restoran untuk makan namun hampir sejam menunggu, makanan yang dipesan masih belum sampai.

Jadi kami beralih ke kedai mamak berdekatan. Tapi kami letak duit RM10 untuk minuman yang dah sampai. Suami dia (pemilik restoran) datang dan pulangkan duit baki dan mak cik itu sindir kata ‘terima kasihlah’ siap pandang-pandang kami.

Apabila kami masuk ke bilik hotel, kami dapat panggilan daripada petugas hotel maklum kata mak cik dari kedai tu datang beritahu dah buat laporan pasal kami kepada pejabat agama.

Sekitar jam 12 tengah malam, pintu bilik mereka diketuk oleh pejabat agama yang datang untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan daripada mak cik berkenaan.

@zed.rodzuan

Kalau jiwa tak kental jangan sekali2 check in oyo. Sekali kena tangkap basah tidur tak lena weh ?

? original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

Anggota penguatkuasa tu terkejut kerana ada bukti kami sudah kahwin selama sebulan dan minta maaf. Jadi kami pun cerita apa yang berlaku kepada anggota tersebut mengenai makcik tu.

Ujar Zaid lagi, dia kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan kerana didakwa telah melakukan perbuatan khianat sehingga menganggu kehidupan peribadinya.

“Tapi pada masa gembira juga sebab dapat pengalaman ‘ditangkap basah’ dan boleh tunjuk kepada penguat kuasa yang kami ada kad nikah tu. Ada fungsi juga kad nikah tu” ujar mengakhiri bicara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Gadis 9 tahun hamil
1 year ago

"Kanak-Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah" - NGO

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...