Gara-Gara Kuda, Hubungan Intan Najuwa Dan Suami Bertambah Erat – “Sebelum Kahwin Macam Robot”

Hiburan

Gara-Gara Kuda, Hubungan Intan Najuwa Dan Suami Bertambah Erat – “Sebelum Kahwin Macam Robot”

Pelakon kecil molek, Datin Intan Najuwa memaklumkan dia kini sedang berjinak-jinak dengan sukan berkuda setelah dihadiahkan haiwan itu oleh suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Kongsi Intan, dia melakukan aktiviti sukan berkuda itu dua hingga tiga kali seminggu sebagai rutin mingguan.

Advertisement

Malah, pemberian kuda itu membuka lembaran baru dalam hidupnya setelah bergelar isteri kepada Azraf.

Sebenarnya selepas berkahwin baru saya belajar tentang sukan kuda. Sebelum kahwin buat apa? Asyik bekerja. Kerjad dan belajar sahaja rutin sebelum kahwin, macam robot. Selepas berkahwin, jadual hidup semakin longgar jadi ada masa untuk lakukan akitiviti sihat.

Ujarnya lagi, dia kini sudah memiliki lima ekor kuda dan masing-masing mempunyai passport sendiri.

Pada awalnya sebagai hobi tapi lama kelamaan menjadi minat dan dapat luangkan masa bersama suami. Aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan mental dan merapakatkan hubungan suami isteri. Bangun pagi, pergi sarapan kemudian lakukan sukan kuda ini bersama-sama.

Sekadar info, aktress ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan pada 18 Ogos 2023 di sebuah resort mewah di Desaru, Johor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharnaaz amelia
4 months ago

"Tak 'Gentle' Mat, Dah Usung Ke Hulu Hilir" - Peminat Tak Puas Hati Sharnaaz Ahmad Tak 'Mengiyakan' Kisah Cinta Dengan Amelia Christie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...