Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gambar Tak Senonoh Babitkan Pendakwah Terkenal Tular, Polis Buka Kertas Siasatan

PDRM

Polis Diraja Malaysia semalam memaklumkan bahawa mereka telah membuka satu kertas siasatan berikutan penularan video dan mesej tidak senonoh yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal di aplikasi Telegram.

Advertisement

Perkara tersebut dilaporkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan di mana dia berkata siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dan berniat untuk membangkitkan pecah keamanan.

Telegram Pendakwah

Ujarnya lagi, pihak polis turut menyiasat perkara terbabit mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan.

Advertisement

Dia dalam pada itu menyeru orang ramai agar tampil menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-22666071 jika mempunyai maklumat mengenai kes ini.

Kenyataan PDRMSumber : Twitter PDRM  
Kenyataan PDRMSumber : Twitter PDRM  

Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan telah mendedahkan mengenai gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter PDRM
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. aneh ya kamu

    September 24, 2021 at 10:53 am

    igtkan siasat pelaku.. rupanya siasat org yg kumpul bukti tu sbb memecah belah keamanan

  2. Anonymous

    September 24, 2021 at 9:21 am

    so jijiks!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top