Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gambar Disalahguna, Ning Baizura Tarik Diri Daripada Persembahan Di Souled Out

Respek!!! Itulah kata-kata yang mampu Abang Nara keluarkan selepas membaca press release yang telah dikeluarkan oleh Ning Baizura mengenai penglibatannya di dalam persembahan bersempena Guiness Arthur’s Day. Ternyata gambar tersebut telah digunakan tanpa persetujuan daripada pihak Ning Baizura.

ning baizura

Advertisement

Menurut Ning, dirinya telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada malam tersebut dan bukannya oleh pihak Guiness Anchor Berhad. Apa yang membuatkan Abang Nara tabik spring kepada Ning ialah dia telah pun menarik diri daripada persembahan di Souled Out oleh kerana ada penglibatan daripada syarikat arak.

ning baizura

Ini barulah boleh dikatakan artis contoh. Tahniah kepada Ning Baizura atas tindakan anda. You deserve all the respect in the world. Semoga artis lain menjadikan Ning Baizura sebagai contoh di dalam perkara ini.

.

P.S: Koleksi bola sepak rasmi Fifa World Cup sepanjang zaman.

Advertisement

NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”

Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara ”Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.

Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

58 Comments

  1. iphoneuser

    September 15, 2012 at 9:01 am

    tak perlu ckp get all the respect in the world, ok sudah la, diorang tarik diri ke apa ke, menyanyi tu dah haram, nak respect apa?

  2. aku takut Allah

    September 14, 2012 at 9:44 am

    betoi la…klu dah disalahgunakan amek je tindakan undg2…
    jgn krn pminat tegur bru rsa tergugat…
    lgpun lumayan tu,takkan kot snang2 tarik diri..yg buat kerja tu sllnya pro takkan ada ‘ter’ pulak..
    apapun,tahniah buat Ning..Mizz Nina..surat terbuka tu mybe, anda boleh fhm sbb dia ‘DAH’ dlm Bhs Eng..

  3. Sweet32

    September 13, 2012 at 4:11 pm

    Mizz nina tu perasan mat saleh! Agknye klu dia kawin ngan mat saleh, dia yg lebih2! Nasib baik allah bg jodoh dia ngan org melayu.. Ning pulak kawin ngan mat saleh, relax je! Kesian mizz nina! Cepat sedarkan dia wahai suaminye mizz nina!!!

  4. sokong ning

    September 13, 2012 at 11:42 am

    sayang ning.. mcm tu baru kami respek artis2. bagi artis lain yg beragama islam.. ikutlah apa yg ning buat. yg tgk duit. rezeki tu tak kemana.

  5. pinkz

    September 12, 2012 at 4:12 pm

    bagusla dia da sedar,semoga dia pun terbuka hati nk bertaubat.kita doakan jela kebaikan tuk dia..

Loading...
To Top