Penyanyi dangdut Baby Shima tidak henti-henti terima kecaman dan kini sekali lagi dihimpit kontroversi apabila beberapa gambar miripnya dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan tersebar di media sosial.
Namun, Shima tampil mengeluarkan kenyataan seperti tidak berselindung atau menafikan perkara tersebut dengan mengatakan apa yang dilakukannya itu tidak mengganggu orang lain.
Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke?
Tambah Shima, dia merasakan yang dia tidak perlu untuk beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut kerana baginya ia tiada kepentingan untuk orang lain.
Menerusi beberapa gambar yang tersebar itu, Shima dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki dipercayai di sebuah kelab malam di ibu negara.
Lebih menimbulkan tanda tanya adalah apabila dalam gambar tersebut, Shima seperti sedang mencium lelaki itu sambil memegang gelas minuman.
Apa saya rasa saya nak buat saya akan buat, Shima tak ganggu orang.
Dalam pada itu, Shima turut bertindak menyalahkan netizen apabila ditanya sama ada kontroversi yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini sengaja dibuat bagi meraih perhatian ramai orang.
Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, sebenarnya apa yang berlaku pada dirinya bukan untuk tarik perhatian orang atau hendak timbulkan kontroversi tetapi semuanya disebabkan mulut orang.
Ujar Shima lagi, daripada mulut orang dia meraih perhatian namun dia tidak mampu untuk menutup mulut setiap orang agar berhenti bercakap tentang dirinya.