Gambar Aksi Manja Tersebar, Emma Maembong & Kamal Adli Sah Bercinta?

Hiburan

Gambar Aksi Manja Tersebar, Emma Maembong & Kamal Adli Sah Bercinta?

Amboi, amboi, amboi. Manjanya Emma Maembong meletakkan dagunya di lengan sado Kamal Adli. Pasti ramai yang cemburu. Kalau sebelum ini Kamal Adli menafikan yang dirinya sedang bercinta dengan bekas kekasih Zizan Razak itu, gambar yang tersebar ini telah membuatkan banyak pihak tertanya-tanya. Iyerlah, takkanlah seorang gadis tanpa sebarang sebab sanggup meletakkan dagunya yang comel di tangan seorang jejaka. Tak gitu?

kamal adli emma maembong bercinta

Advertisement

Ketika ini Emma Maembong sedang berada di kota London. Kamal Adli pula enggan memberikan sebarang komen tentang gambar ini. Mungkin Kamal menunggu kepulangan Emma untuk memberikan jawapan bersama-sama. Kalau bercinta pun apa salahnya kan? Kedua-duanya pun memang single. Tak ada istilah rampas merampas.

kamal adli emma maembong bercinta

Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Kamal Adli dan Emma Maembong. Harapnya jawapan tidaklah se’klise’ kami hanya kawan rapat, gambar itu telah diphotoshop dan sebagainya. Bosan juga kalau setiap kali ada gambar sebegini, jawapan yang sama diterima daripada setiap artis. Macam dah ada skema jawapan pulak. Apa kata anda? Sumber RotiKaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.