Gaji Di Malaysia Dijangka Meningkat 5 Peratus Pada 2025, Melibatkan Semua Industri Pekerjaan

Gaya Hidup

Gaji Di Malaysia Dijangka Meningkat 5 Peratus Pada 2025,  Melibatkan Semua Industri Pekerjaan

Menurut laporan Total Remuneration Survey (TRS) yang dijalankan pada April hingga Jun tahun ini, gaji di Malaysia dijangka naik sebanyak 5 peratus pada 2025, merangkumi semua industri.

Firma perunding sumber manusia, Mercer melaporkan hampir satu perempat syarikat merancang untuk menambah bilangan pekerja pada tahun hadapan meskipun pengambilan staf menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya.

Advertisement

Laporan dijalankan oleh TRS itu melibatkan lebih 680 syarikat daripada pelbagai sektor termasuklah teknologi, barangan pengguna, pembuatan, runcit, kimia, sains hayat, tenaga, dan perkhidmatan perkongsian.

rakyat Malaysia

Mercer turut mendedahkan 70 peratus syarikat tempatan bercadang untuk mengubah strategi pampasan mereka pada tahun 2024.

Rancangan itu adalah disebabkan oleh fokus yang lebih besar terhadap pakej pampasan kompetitif, struktur insentif yang pelbagai, kerja fleksibel, dan manfaat yang disesuaikan untuk pekerja.

Sementara itu, Ketua Pasaran Mercer Malaysia, Koay Gim Soon berkata bahawa ‘kunci utama ialah fleksibiliti’ dalam menyesuaikan diri dengan kehendak tenaga kerja yang semakin berubah.

Antara pekerjaan yang menunjukkan peningkatan gaji dan permintaan adalah dalam bidang seperti pengkomputeran awan, jurutera kawalan dan instrumen elektrik, serta sektor keselamatan siber.

jurutera pembangunan

Unjuran kenaikan gaji 5% ini seiring dengan kadar kenaikan yang dicadangkan dalam belanjawan 2024. Kadar itu lebih rendah berbanding kenaikan 6.1 peratus di Indonesia namun lebih baik dari Singapura yang hanya djangka meningkat pada kadar 3.8 peratus.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kajian work life balance
7 months ago

Kajian Tentang Budaya ‘Work Life Balance’: Malaysia Di Tangga Ke-2 Paling Buruk Di Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Edge

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...