Pastinya ramai sudah tahu melakukan aktiviti seperti mengemas rumah, memasak, membasuh baju serta menjaga hal-hal dalam rumah merupakan satu tugasan yang tidak mudah untuk dilakukan terutamanya buat suami isteri bekerja sepenuh masa.
Bagi meringankan sedikit beban, tugasan tersebut akan diberikan kepada pembantu rumah yang diupah secara sambilan mahupun sepenuh masa.
Di Malaysia, selalu pembantu rumah berasal dari negara Indonesia, Filipina dan ada juga warga tempatan tetapi sejak pandemik berlaku, pengambilan Perkhidmatan Dosmetik terutamanya dari Indonesia agak sukar serta menurut laporan The Star, harga yang perlu dibayar boleh mencecah RM25,000.
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bakal ambil 10,000 Perkhidmatan Dosmestik Indonesia (PDI) menerusi satu projek bermula bulan hadapan setelah pihak Indonesia bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung dengan pengambilan ini.
Melalui MOU terbaru ini, seorang PDI boleh digajikan bagi isi rumah yang tidak melebihi enam orang dan pastinya cadangan ini agak sukar untuk orang awam selain ada yang risau akan kualiti PDI yang akan diterima nanti.
Difahamkan, orang ramai turut berasa ‘kurang senang’ dengan pelaksanaan ini dimana ia melibatkan bayaran lebih tinggi untuk mendapatkan PDI selain mereka berkemungkinan melarikan diri selepas mendapat duit.
Selain itu, ada juga yang meminta agar urusan mengambil PDI dipermudahkan dan mendapat pembantu yang berkualiti serta sesuai dengan bayaran.
Kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.