‘Disentuh’ 4 Kali Dalam Setahun Saja, Wanita Seksa Hidap STD Kerana Suami Jalin Hubungan Songsang

Kehidupan

‘Disentuh’ 4 Kali Dalam Setahun Saja, Wanita Seksa Hidap STD Kerana Suami Jalin Hubungan Songsang

Baru-baru ini, di dalam program bual bicara Aduan Jiwa terdapat seorang isteri berkongsikan cerita dirinya berasa terkejut selepas mengetahui suaminya menjalinkan hubungan songsang dan merasa tidak bahagia biarpun sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Menurut wanita yang bernama Dewi (bukan nama sebenar), dia mengenali suami melalui orang ketiga dan dalam masa setahun berkenalan, mereka membuat keputusan untuk bertunang lalu bernikah selepas mendapat restu keluarga.

Advertisement

Bagaimanapun, detik hitam dalam hidup wanita itu bermula kerana sepanjang mendirikan rumah tangga, suami beliau tidak pernah memberi nafkah, malah sering mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Aduan Jiwa

Pada mulanya dia tidak pernah menyangka suami menjalinkan hubungan songsang, tetapi setelah berjumpa dengan doktor kerana berasa tidak sihat, dia mendapati dirinya menghidap penyakit Pelvic Inflammatory Disease.

Saya dapat tahu yang saya ada STD. Saya tak syak lagi yang dia ada hubungan terlarang. Bila tanya memang dia tak pernah jawab dan saya tak tahu pasal social life dia.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu suaminya akan ‘menyentuh’ dia sebanyak tiga atau empat kali setahun saja dan hendak dijadikan cerita, penyakit dihadapi sudah semakin teruk jadi dari situ dia dapat tahu punca sebenar dia hidap penyakit itu datang dari suaminya yang menjalinkan hubungan terlarang.

Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berpisah dan sehingga kini wanita itu merasakan dirinya tidak layak untuk bahagia serta bekas suami masih merahsiakan soal hubungan songsangnya.

ammar alfian
4 years ago

Ammar Alfian Berang Dikaitkan Dalam Video Panas Hubungan Songsang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...