February 27th, 2020

Ketika ini sedang hangat dan viral di media sosial satu video lucah yang didakwa mirip seorang pelakon lelaki. Selain video berdurasi 12 saat yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan intim, gambar pelakon lelaki berkenaan turut tular.

ammar alfian

Timbul sebagai spekulasi sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab menuduh pelakon Ammar Alfian terlibat dalam video tersebut meskipun tiada sebarang bukti sahih.

Ammar tidak berdiam diri dan turut memberikan respon : –

Ohh asal ada tatu, badan tegap saja aku la? Ramai cakap sama, kau pun ya saja? Macam tu? Patutlah fitnah semakin berleluasa. Okay kita tunggu ya.

Berang dikaitkan dengan kontroversi tersebut, Ammar menerusi akaun Instagramnya memuat naik beberapa kenyataan mengenai fitnah penyebaran berita palsu.

ammar alfian video songsang

Fitnah jejaskan kehidupan peribadi

ammar alfian video lucah

Sudah sering dikecam dan dikaitkan terlibat dalam kontroversi panas, Ammar berkata dia sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang ramai terhadap dirinya. Namun, apa yang membuatkan Ammar marah adalah kehidupan peribadinya terjejas gara-gara fitnah tersebut sehingga dia dilarang untuk bertemu dengan anak lelakinya.

Muat naik bukti tidak terlibat dalam video panas

ammar alfian nafi terlibat video lucah

Ammar pada masa yang sama, memuat naik bukti serta penjelasan yang dia tidak pernah terlibat dalam video hubungan songsang itu. Ammar berkata, tatu yang ada pada badan lelaki dalam video tersebut bukan bermakna dia adalah individu berkenaan.

Nampaknya penyebaran video lucah mirip artis tempatan seolah-olah tiada pengakhirannya. Tidak mustahil ada sindiket yang sengaja ingin mengaut keuntungan. Apa-apa pun, benar apa yang dikatakan oleh Ammar, janganlah memfitnah orang jika kita sendiri tidak tahu kebenarannya.

Sumber Berita : mStar Online


One response to “Ammar Alfian Berang Dikaitkan Dalam Video Panas Hubungan Songsang”

  1. em says:

    Rasanya siapa eh

Loading...