Baru-baru ini, penyanyi muda bernama Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini meluahkan rasa tidak puas hati di media sosialnya berkenaan dengan layanan buruk yang diterima ketika mengunjungi premis Machine di KLCC.
Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di platform TikTok, Bunga memberitahu dirinya pergi ke sana kerana ingin bertanya mengenai adapter yang hendak dibeli untuk telefon bimbit dan iPad kepada staf di situ.
Tetapi, layanan daripada staf itu sememangnya membuatkan Bunga berasa berang dan merasakan sebab dirinya di layan seperti itu kerana penyanyi itu hanya memakai t-shirt serta sweatpants saja ketika itu.
Tambahannya lagi, dia menggunakan nada yang sopan bertanya soalan kepada staf premis terbabit tetapi staf tersebut memberi layanan yang tidak sewajarnya kepada Bunga sebagai pelanggan.
Kerana melalui perkara seperti itu, Bunga berharap agar pekerja di luar sana untuk memberi layanan yang elok serta baik kepada pelanggan yang mengunjungi premis mereka tanpa menghakimi luaran seseorang.
Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, dapat dilihat bukan Bunga saja melalui pengalaman seperti itu, malah netizen turut sama menghadapi staf seperti sedemikian.
Tetapi dalam pada itu, ada juga netizen mengatakan tidak semua staf Machine mempunyai sifat seperti itu, kerana ada juga yang melayani mereka dengan baik biarpun berpakaian biasa.