Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon kontroversi Zarina Anjoulie selepas gagal hadir pada prosiding perbicaraan bagi membela dirinya atas dakwaan memiliki dadah sekitar tahun 2012.
Walaubagaimanapun, Zarina dan kekasihnya bernama  Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Kalau betul tidak bersalah mengapa lari daripada perbicaraan kes tersebut? Apa lagi alasan yang akan beliau berikan kali ini ya? Hurm