Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu perkongsian oleh seorang pengguna yang menceritakan pengalaman apabila cermin sisi sebeleh kanan kereta dirosakkan oleh pengiring kenamaan atau VIP.
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan kejadian berlaku di leburaya Elite sewaktu dia sedang berada di lorong kanan dan tidak menukar lorong walaupun menyedari kehadiran rombongan kenamaan tersebut.
Namun, tindakannya itu tidak disengajakan oleh kerana terdapat kenderaan lain yang berada di lorong sebelah yang menyebabkan dia sukar untuk menukar lorong dengan segera.
Konvoi VIP ini cuba merosakkan kereta saya sebab saya tak pergi ke lorong kiri. Saya tak tahu sama ada polis atau bodyguard yang memukul cermin sisi saya.
Meninjau diruangan balas pada ciapan tersebut, rata-rata netizen turut meluahkan bahawa mereka juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama.
This VIP convoy try to damage my car because im not going to the left lane. I dont know is it police or body guard who hit my side mirror. The traffics also dangerously tell to change lane last minutes and expect us to just go to the left lane and that can make me hit other car. pic.twitter.com/H0PtzxXjav
— Irpanos ?? (@FannnF) February 14, 2022
“Selalu jadi macam ni, diorang paksa kita keluar dari lorong kita, tak sempat nak buat dengan selamat, panik sebab diorang kasar dan tidak sabar,” tulis seorang pengguna Twitter.
“@PDRMsia tolong jawab, jangan kata convoy VVIP tu ada tugasan penting.. kami pun ada tugasan penting,” tulis seorang netizen.