Baru-baru ini, tular satu rakaman mempamerkan seorang wanita mat saleh persoal mengapa jenama produk lokal Malaysia gemar menggunakan model luar negara.
Menerusi rakaman itu, dia menunjukkan iklan besar wajah-wajah model foundation produk milik jurumekap terkenal, Datuk Alha Alfa yang dipaparkan di stesen kereta api.
Video yang pada asalnya dimuat naik di platfor TikTok turut tular di Twitter dan ia meraih perhatian ramai warganet yang turut mempunyai persoalan yang sama.
Asian/Local Models ❌
White Models ✅Issue ni sebenarnya dah lama kat Malaysia. Setiap tahun musim raya mesti akan timbul. Especially brands yang jual baju kurung atau baju melayu. Cosmetics & skin care tidak terkecuali.
What better way to naikkan the local industry, saat-saat… pic.twitter.com/n1M11swwhM
— adlie (@adliehassan) November 16, 2023
Tidak kiralah produk kosmetik atau pakaian atau produk lain sekali pun, memang ramai pemilik bisnes suka menggunakan model berkulit putih dan jarang mengambil model lokal.
Warganet turut membandingkan marketing produk di Malaysia dengan beberapa negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam yang lebih mengangkat model warga tempatan.
Bagaimanapun, ramai yang kurang berpuas hati dengan cara pihak Alha Alfa Cosmetics memberi respon terhadap isu ini dan meminta agar jurumekap tersebut mengambil PR yang lebih bagus.
Kenapa kena (ambil) lokal? Jenama antarabangsa pun guna model mat saleh lepas tu melayu berebut beli.
Rata-ratanya mengkritik cara team media sosial syarikat itu memberi respon terhadap isu yang dibangkitkan seoalh-olah tidak boleh menerima teguran atau cadangan pula.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada respon diberikan oleh pengasas produk tersebut, Alha Alfa tentang kecaman yang diterima akibat tidak memberi respon yang profesional itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.