“Dah Ambil Sebagai Penaja, Pandai Lah Jaga..” – Boss Susu Berang Bayar Berjuta Tapi Pihak Produksi Buat Segmen Iklan Acuh Tak Acuh

Hiburan

“Dah Ambil Sebagai Penaja, Pandai Lah Jaga..” – Boss Susu Berang Bayar Berjuta Tapi Pihak Produksi Buat Segmen Iklan Acuh Tak Acuh

Baru-baru ini, penaja program realiti terkenal, All Starts Gegar Vaganza (ASGV) telah berkongsi satu hantaran di akaun Instagram, meluahkan rasa kecewa apabila pihak produksi program yang ditaja tidak mengambil berat tentang segmen iklan produknya ketika siaran langsung hari tersebut.

Dalam hantaran berkenaan, Azmi Zainal atau mesra dipanggil Boss Susu membidas perlakuan pihak produksi yang bersikap tak acuh ketika tayangan seminit yang diberikan kepadanya itu. Walaupun hanya sekejap, namun baginya itu merupakan sale yang harus menarik minat berjuta penonton.

Advertisement

Minggu lepas, klip kena potong separuh. Angin satu badan aku sepanjang konsert. Habis segmen, aku minta penjelasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Zainal (@azmizainalx)

Menurutnya, pihak produksi tak sepatutnya menganggap segmen sponsor itu hanyalah picisan dalam ASGV kerana dirinya telah menaja program tersebut dengan tujuan bisnes dan menaikkan jualan.

Dah ambil kita sebagai penaja, pandai lah jaga. Saya bayar berjuta-juta dekat Astro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Zainal (@azmizainalx)

Katanya lagi, bukan mudah untuk mereka taja program berskala besar itu. Ia memerlukan sejumlah wang yang banyak jadi wajarlah jika slot yang diperuntukkan oleh pihak produksi haruslah mencukupi dan tiada gangguan semasa siaran.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gv
6 months ago

"Saya Ni Generasi Lama.." - Aishah Tak Biasa Dengan 'Earpiece' Baru, Jadi Punca Nyanyi Lari Tempo Di ASGV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...