Gadis Lakonkan Situasi Di Airport Raih Tumpuan Netizen

Trending

Gadis Lakonkan Situasi Di Airport Raih Tumpuan Netizen

Seperti yang kita tahu, disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pintu sempadan negara ditutup, lapangan terbang atau airport tidak beroperasi secara aktif, aktiviti ekonomi dan sosial dilarang untuk beroperasi kecuali bagi perkhidmatan penting.

Ketika inilah, kita melihat industri pelancongan negara ‘sakit teruk’. Pemilik pusat pelancongan tidak dapat menjalankan perniagaan, tempahan daripada pelanggan dibatalkan, hotel besar mahupun kecil sepi tanpa pelancong, malah ada yang terpaksa gulung tikar akibat himpitan kos operasi yang tinggi.

Advertisement

3 years ago

Kerajaan Negeri Akan Buka Kembali Sektor Pelancongan Jika Sudah Capai Imuniti Kelompok

Disebabkan lama terkurung kerana PKP, pastinya bercuti ke tempat tarikan pelancong adalah antara aktiviti utama yang dirindui oleh ramai individu dalam negara. Namun sejak kebelakangan ini, ramai yang mengambil peluang untuk keluar bercuti memandangkan banyak kelonggaran yang telah diberikan.

Gadis ini berlakon kononnya berada di airport untuk pergi bercuti

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama syamsuriaaa yang memaparkan seorang gadis melakonkan semula situasi ketika berada di airport untuk pergi bercuti.

Dalam perkongsian video tersebut, gadis itu dilihat membawa sebuah bagasi sambil berlakon kononnya sedang berada di airport dan menunggu penerbangannya untuk ke luar negara.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian tersebut merasa terhibur adalah apabila gadis itu bertindak menggunakan treadmill untuk melengkapkan lakonannya itu.

Bukan itu sahaja, gadis itu turut melakonkan beberapa situasi di mana dia sedang menunggu bagasinya selepas penerbangan. Lebih menarik lagi, dia turut menggunakan audio pengumuman dari rakaman di airport bagi menampakkan ianya seakan-akan sama dengan situasi sebenar.

“Hahahaha dia punya fed up tu, treadmill pun jadi”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 320.6 ribu tontonan, 51 ribu tanda like dan 1.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat lakonan gadis tersebut.

Gadis lakonkan situasi di airport

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Gadis lakonkan situasi di airport

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang turut meluahkan rasa rindu mereka untuk keluar bercuti dan menjejakkan kaki semula ke airport selepas melihat lakonan gadis tersebut.

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang gadis tersebut bertindak melakukan lakonan itu kerana merasa terlalu rindu untuk berada di airport dan pergi bercuti.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...