Kerajaan Negeri Akan Buka Kembali Sektor Pelancongan Jika Sudah Capai Imuniti Kelompok

Travel

Kerajaan Negeri Akan Buka Kembali Sektor Pelancongan Jika Sudah Capai Imuniti Kelompok

Untuk mencapai tahap imuniti kelompok, orang ramai digalakkan untuk mengambil vaksin Covid-19 sekaligus menjadi salah satu inisiatif untuk mengekang penularan wabak. Justeru, kerajaan negeri Kedah berhasrat untuk membuka semula sektor pelancongan domestik khususnya di Pulau Langkawi pada November depan, lapor Harian Metro.

Sehubungan itu, Kedah akan memberi kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menggalakkan supaya lebih ramai lagi individu dan golongan yang terlibat dalam pelancongan untuk menerima vaksin.

Advertisement

Mohd Firdaus Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan berkata pembukaan semula sektor tersebut dapat mengimbangi kerugian sekali gus meningkatkan semula pendapatan mereka yang terjejas.

Hal ini amat diperlukan bagi mencapai status imuniti kelompok dengan sekurang-kurangnya 70 peratus sudah divaksin supaya sektor pelancongan dibuka semula.

“Kita akan sama-sama berusaha dengan menyediakan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu atau pemberian dari rumah ke rumah.” – katanya

Jika ramai individu yang sudah divaksin, hal itu akan dapat menyakinkan lagi orang ramai khususnya pelancong yang sudah divaksin untuk berkunjung ke Pulau Langkawi.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...