Gadis Kongsi Cerita Pemandu Grab Terkentut Dalam Kereta

Trending

Gadis Kongsi Cerita Pemandu Grab Terkentut Dalam Kereta

Pastinya ramai antara kita yang selalu ataupun pernah menaiki Grab kan? Tidak dinafikan, setiap orang mesti pernah melalui pengalaman yang berbeza setiap kali menaiki Grab tidak kiralah semasa seorang diri atau bersama rakan-rakan.

Mungkin ada yang mempunyai pengalaman menakutkan, menjijikkan dan tidak kurang juga pengalaman yang melucukan. Seperti yang kita tahu, Grab adalah sebuah perkhidmatan yang turut merangkumi khidmat kereta sewa peribadi yang seakan sama seperti teksi.

Advertisement

3 years ago

(Video) Pemandu Lori Larikan Diri Selepas Langgar Maut 'Rider Grab'

Cuma, yang membezakan perkhidmatan Grab ini adalah ia boleh dipesan dan menjalankan transaksi menggunakan aplikasi dalam telefon pintar pengguna. Selain perkhidmatan kereta sewa, ia juga boleh digunakan untuk memesan makanan.

Ramai orang yang menggunakan kemudahan perkhidmatan Grab ini dan ia semakin menjadi tumpuan ramai selepas ia mula beroperasi pada tahun 2014.

Ramai ketawa mendengar cerita yang dikongsikan gadis ini tentang pemandu Grab yang terkentut di dalam kereta

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna laman sosial tersebut yang memaparkan seorang gadis berkongsi pengalamannya ketika menaiki Grab semasa hendak mendapatkan suntikan vaksin.

Dalam perkongsian video tersebut, gadis itu memberitahu yang dia menggunakan perkhidmatan Grab dari rumahnya ke pusat pemberian vaksin (PPV) dengan kos sebanyak RM19.

Namun, gadis itu terhidu bau busuk di dalam kereta tersebut semasa di dalam perjalanan ke sana. Dia kemudiannya mula memeriksa badan serta tapak kasutnya untuk mencari sumber dari mana datangnya bau itu.

Apa yang membuatkan ramai penonton pekongsian video tersebut ketawa adalah apabila tidak lama kemudian, pemandu Grab itu mula meminta maaf kepadanya dan mengaku telah terkentut gara-gara makan sambal udang petai terlalu banyak.

Lebih melucukan, pemandu tersebut siap memberikan diskaun sebanyak RM9 kerana rasa bersalah pada gadis itu.

“Dapat diskaun disebabkan sambal udang petai. Hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 272.1 ribu tontonan, 38.4 ribu tanda like dan 650 komen. Rata-rata netizen turut ketawa mendengar pengalaman lucu yang dilalui oleh gadis itu.

Pemandu Grab terkentut

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Pemandu Grab terkentut

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh memuji tahap keyakinan pemandu Grab tersebut kerana langsung tidak membuka tingkap selepas kejadian itu dan dia juga boleh menahan bau kentutnya sendiri.

Ada juga yang bergurau mahu menyuruh pemandu Grab yang mereka naiki selepas ini untuk kentut dalam kereta supaya mereka dapat diskaun seperti gadis itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...