(Video) Pemandu Lori Larikan Diri Selepas Langgar Maut ‘Rider Grab’

Trending

(Video) Pemandu Lori Larikan Diri Selepas Langgar Maut ‘Rider Grab’

Tular di media sosial video sebuah lori yang menggilis seorang penghantar makanan baru-baru ini. Kemalangan itu sempat dirakam oleh dashcam individu yang sedang memandu di kawasan berkenaan.

Kejadian pilu itu menjadi semakin duka apabila pemandu lori  tersebut sempat melarikan diri sejurus terbabas berhampiran jejantas lokasi kejadian.

Advertisement

Menurut seorang individu yang membalas di ruangan komen, dia memaklumkan bahawa mangsa yang berusia 35 tahun itu sudah pun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Serdang. Innalillah.

Sumber : Twitter

Sumber : Twitter

Pun begitu, berita terkini yang dilaporkan Metro memaklumkan pemandu lori tersebut sudah ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan lain serta membabitkan kematian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.

Menyingkap kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia yang parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.

“Disebabkan keadaan itu, lori berkenaan melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian”

Lapor Metro, lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ.

https://twitter.com/JamalThaRebel/status/1359103940353138688?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1359103940353138688%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fgila-bbi-laju-nak-p-mana-video-penghantar-makanan-maut-digilis-lori-laju-pemandu-lari-dari-lokasi-kejadian%2F

Diharap kes ini dapat diadili dan mendapat pembelaan sewajarnya. Salam takziah, semoga keluarga penghantar makanan tersebut tabah dan kuat. Aamiin..

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...