Seperti yang kita tahu, kebiasaannya perkara penting yang akan kita lakukan jika kita mempunyai telefon atau laptop adalah dengan meletakkan password terlebih dahulu. Bukan apa, untuk keselamatan data peribadi dan privasi kita juga.
Hal ini juga bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti akses daripada orang luar atau kecurian. Namun, bagi individu warga emas atau orang yang berusia mereka mungkin kadangkala lupa password telefon mereka.
Jadi, apa yang mereka lakukan supaya tidak lupa password tersebut adalah dengan dengan cara menulis pada kertas dan diselit di mana-mana. Mesti atuk atau nenek korang ada yang buat macam ni kan?
Nenek letak password dalam casing telefon supaya senang nak ingat
Baru-baru ini di laman media sosial TikTok, terdapat sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan dua orang gadis berkongsi password telefon nenek mereka kerana begitu mudah dicari.
Dalam perkongsian video tersebut, kendengaran suara dua orang gadis dan salah seorang daripada mereka memegang telefon dipercayai kepunyaan nenek mereka.
Mereka kemudian membuka casing telefon tersebut dan menjumpai nombor yang ditulis padanya. Mereka berfikir yang nombor tersebut merupakan password telefon itu lalu mencuba masukkan kod password itu.
Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila telefon itu berjaya dibuka dan nombor yang tertulis di casing telefon tersebut sememangnya password telefon nenek mereka.
Perkara tersebut membuatkan mereka tergelak kerana begitu mudah untuk mengetahui password telefon si nenek.
“Biasa lah dah tua, nanti cepat lupa”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 131.3 ribu tontonan, 9.3 ribu tanda like dan 118 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kedua-dua gadis tersebut.
Ada juga yang mengatakan nenek mereka berdua itu meletakkan password telefonnya di casing telefon kerana dia sudah tua dan cepat lupa.
Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan situasi tersebut sama seperti orang yang mengunci pintu tetapi kunci ditinggalkan di mangga.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara