Reaksi Comel Nenek Minum Starbucks Curi Perhatian Netizen

Trending

Reaksi Comel Nenek Minum Starbucks Curi Perhatian Netizen

Tidak dinafikan, setiap orang pastinya mempunyai kedai minuman atau makanan kegemaran yang sedikit mewah daripada kedai biasa. Sebagai contoh, premis perniagaan makanan dan minuman (F&B) seperti Starbucks, Tealive, Chatime dan bermacam-macam lagi.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini, sudah banyak premis minuman dan makanan yang lebih mewah daripada kedai biasa. Tidak salah jika sekali sekala kita hendak membeli makanan dan minuman yang sedikit mewah untuk diri sendiri, boleh dikatakan macam cheat day lah.

Advertisement

4 years ago

Pemuda Lukis Wajah Dr Noor Hisham Pada Cawan Starbucks, Netizen Mahu Ianya Dijadikan Koleksi Khas

Namun, bagi sesetengah golongan warga emas atau individu yang sudah tua, minuman dan makanan daripada premis makanan mewah ini adalah sesuatu yang boleh dikatakan agak baru bagi mereka. Ya lah, zaman mereka dahulu mana ada kedai macam ini kan?

Cucu ajar nenek minum Starbucks buat pertama kali

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan seorang pemuda memberi neneknya merasa minuman Starbucks buat pertama kalinya.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan pemuda tersebut sedang berada di dalam kereta bersama neneknya.

Pemuda itu dilihat memegang air minuman Starbucks yang baru dibelinya konon sebagai hadiah untuk diberi kepada si nenek kerana telah lengkap dua dos vaksin. Dia kemudian menyuruh neneknya untuk merasa minuman tersebut.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila reaksi neneknya yang comel selepas merasa minuman itu dengan bertanyakan kepada pemuda itu adakah itu air milo.

Reaction nenek jujur, macam milo hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 429 ribu tontonan, 59 ribu tanda like dan 2.2 ribu komen. Rata-rata netizen memuji kecomelan nenek pemuda tersebut.

Nenek minum Starbucks

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Nenek minum Starbucks

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang terus merindui nenek mereka selepas melihat perkongsian video tersebut. Tidak kurang juga yang mendoakan nenek pemuda itu supaya diberikan kesihatan yang baik.

Ada juga yang berseloroh mengatakan pemuda itu pasti akan dibebel oleh neneknya jika dia mengetahui harga minuman yang diberikan oleh pemuda itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...