Gadis Kantoi Selfie Dalam Kereta, Pura-Pura Video Call

Trending

Gadis Kantoi Selfie Dalam Kereta, Pura-Pura Video Call

Anda mesti tahu apa itu selfie kan? Secara amnya, selfie adalah perlakuan seseorang individu untuk menangkap gambar sendiri mengunakan telefon bimbit atau apa jua alat elektronik yang mempunyai kamera. Ia sememangnya sudah menjadi satu kebiasaan buat seluruh masyarakat di dunia.

Selalunya, seseorang individu itu akan bertindak mengambil selfie apabila mereka merasakan wajah serta penampilan mereka dalam keadaan yang on point. Tidak kurang juga yang melakukan sedemikian kerana bagi mereka keadaan ketika itu mempunyai pencahayaan yang baik.

Advertisement

4 years ago

Perdana Menteri New Zealand Mohon Maaf Ber"Selfie" Tanpa Topeng Muka

Ramai yang mengambil selfie kemudian dimuat naik dalam laman-laman sosial individu seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter, dan sebagainya tetapi ada juga yang mengambil selfie hanya untuk kepuasan diri semata-mata.

Bila kita sebut sahaja berkenaan selfie ini, ia sememangnya satu perkara yang sangat sinonim dengan golongan wanita. Tidak kisah lah dimana sekalipun mereka berada, tidak sah lah kalau tidak mengambil selfie terlebih dahulu termasuklah tempat yang paling diminati untuk lakukan perkara ini iaitu di dalam kereta.

Gadis baru sahaja ingin mengambil selfie di dalam kereta tetapi lain pula terjadi pada akhirnya

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang individu bernama eyqarash yang memaparkan situasi dialami seorang gadis yang baru sahaja ingin mengambil selfie di dalam keretanya.

Dalam perkongsian video tersebut, gadis itu memberitahu yang dia baru sahaja ingin berangan seorang diri sambil mengambil selfie di dalam kereta.

Namun, dia kemudia sedar yang gelagatnya diperhatikan oleh orang lain di hadapan keretanya ketika dia sedang merakamkan gambarnya seorang diri itu.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila gadis itu kemudian berpura-pura sedang melakukan panggilan video dengan seseorang sebaik sahaja dia menyedari kejadian itu.

Lebih melucukan, dia berlakon kononnya sedang bercakap dengan pemanggil tersebut walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang menghubunginya. Selepas beberapa kali berpura-pura bercakap, gadis itu kemudian berpura-pura mengakhiri panggilan video itu.

“Jangan lah bagitahu orang, kan dah kantoi kalau nak buat lagi macam ni hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 354.1 ribu tontonan, 71.4 ribu tanda like dan 1.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat gadis ini berlakon sedang membuat panggilan video apabila kantoi sedang diperhatikan oleh orang lain.

Gadis selfie pura-pura video call

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Gadis selfie pura-pura video call

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama dengan gadis tersebut apabila terpaksa berpura-pura melakukan panggilan video kerana malu orang di sekeliling perhatikan mereka sedang berangan dan mengambil selfie.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...