Perdana Menteri New Zealand Mohon Maaf Ber”Selfie” Tanpa Topeng Muka

COVID-19

Perdana Menteri New Zealand Mohon Maaf Ber”Selfie” Tanpa Topeng Muka

Respek! Bukan senang untuk ahli politik memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika anda seorang Perdana Menteri yang setiap tindak-tanduk diperhatikan. Tidak seperti sesetengah ahli politik di negara lain, Perdana Menteri New Zealand iaitu Jacinda Ardern telah meminta maaf atas kesilapannya ber”selfie” bersama pekerja pembinaan tanpa memakai topeng muka. Di dalam gambar tersebut, beliau kelihatan tersenyum tanpa mengamalkan penjarakan sosial sehingga mendapat kritikan daripada pemerhati politik serta rakyat New Zealand.

Advertisement

“Di dalam gambar itu saya telah melakukan kesalahan. Saya seharusnya bergerak jauh ke depan dan juga meminta mereka untuk menjauhi saya.” – Jacinda

Semoga apa yang dilakukan oleh Jacinda ini menjadi contoh kepada semua ahli politik di seluruh dunia yang kebelakangan ini langsung tidak mengamalkan penjarakan sosial, apatah lagi memakai topeng muka. Malah ada juga sesetengah ahli politik yang disahkan positif COVID-19 tetapi masih bebas berkempen ke sana ke sini tanpa mempedulikan kesihatan rakyat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...