Gadis Dikritik Obses, Berikan 100 Sebab Sukakan Amir Ahnaf – “Gigi Dia, Rambut Dia, Bibir Dia, Pandai Baca Quran…”

Kehidupan

Gadis Dikritik Obses, Berikan 100 Sebab Sukakan Amir Ahnaf – “Gigi Dia, Rambut Dia, Bibir Dia, Pandai Baca Quran…”

Perkongsian seorang gadis yang merupakan peminat kepada pelakon baru, Amir Ahnaf meraih perhatian ramai warganet di Twitter.

Menerusi hantaran dimuat naik, ia memaparkan gambar Amir Ahnaf dan gadis itu dilabel obses kerana gigih menaip 100 sebab dia meminati aktor berkenaan.

Advertisement

Kamu tidak tahu betapa saya sayangkan kamu, Amir.”

Antara sebab-sebab yang dinyatakan gadis itu adalah senyuman, nyanyian, lakonan, rambut, gigi, tangan dan bagaimana Amir Ahnaf melayani peminatnya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya berpendapat gadis itu terlalu ‘over’.

Ada yang sehingga melabelnya ‘tak betul’ malah sesetengah ‘k-pop fan’ turut terkejut dengan tahap obses gadis itu sehingga gigih menyenaraikan 100 sebab berkenaan.

Dalam pada itu, segelintir sempat menyindir gadis berkenaan untuk mendapatkan rawatan pesakit mental gara-gara meminati selebriti hingga obses.

1 year ago

Netizen Geli Baca Komen Ramai Gadis 'Feeling' Nadhir Nasar Teman Lelaki, Siap Panggil 'Ayang'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...