Gabungan Warna Ikonik Biru & Kuning, Kolaborasi Christy Ng & Minions Akan Serlahkan Lagi Gaya OOTD Korang!

Branded

Gabungan Warna Ikonik Biru & Kuning, Kolaborasi Christy Ng & Minions Akan Serlahkan Lagi Gaya OOTD Korang!

Sedia maklum, jenama tempatan yang cukup dikenali ramai, Christy Ng selalu menghasilkan design yang sangat menarik dan unik hingga membuatkan para pembeli ‘rambang mata’.

Warna ikonik biru dan kuning

Terbaru, kolaborasi Christy Ng X Minions telah menampilkan warna yang lebih bold, di mana mereka menggunakan warna ikonik kartun tersebut iaitu biru dan kuning.

Kali ini, Christy Ng mahu menggambarkan koleksi beg yang lebih berwarna-warni yang sememangnya akan meninggalkan kesan serta serlahkan lagi ‘Outfit Of The Day’ (OOTD) apabila pembeli menggunakannya.

christy ng x minions

 

Berbeza design Christy Ng X Minions selama lima minggu

Untuk info ramai, koleksi Minions ini adalah terhad dan selama lima minggu pihak Christy Ng akan mengeluarkan berbeza-beza design. Menarik kan? Rasa tak sabar nak tengok semua design yang ada!

Koleksi Christy Ng X Minions untuk fasa permata sudah pun mula dijual secara online dan di setiap kedai jenama terbabit pada 21 Jun 2024, hari ini.

 

christy ng x minions

 

Harga yang berpatutan!

Info yang paling dinanti-nantikan oleh pembeli adalah mengenai harga untuk koleksi kali ini. Jangan risau guys, Christy Ng tak akan mengecewakan kita dari segi harga biarpun ia merupakan limited edition!

Semua koleksi Christy Ng X Minions ini tidak lebih dari RM100 dan memang sesuai untuk korang jadikan ia sebagai hadiah untuk rakan-rakan, keluarga atau teman istimewa.

christy ng x minions

Jangan tunggu lama-lama guys, takut terlepas nanti! Jom serbu laman web rasmi atau ikuti semua media sosial Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram Christy Ng untuk tahu lebih lanjut mengenai koleksi kali ini.

12 months ago

Kongsi Keriangan Musim Perayaan Tahun Baru Cina Dengan Set Hadiah Christy Ng & Amazin' Grace Nut Pack!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Christy Ng

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...