Kongsi Keriangan Musim Perayaan Tahun Baru Cina Dengan Set Hadiah Christy Ng & Amazin’ Grace Nut Pack!

Branded

Kongsi Keriangan Musim Perayaan Tahun Baru Cina Dengan Set Hadiah Christy Ng & Amazin’ Grace Nut Pack!

Tahun Baru Cina bakal diraikan tidak lama lagi iaitu pada bulan Februari, ia merupakan perayaan yang sangat dinanti-nantikan oleh ramai pihak.

Ramai yang masih buntu nak beri hadiah apakah kepada sanak-saudara di musim perayaan yang bakal berlangsung bulan hadapan?

Kolaborasi Christy Ng dan Amazin’ Graze 2024

christy ng amazin' graze

Jangan risau gais, jom kita sama-sama kongsi kegembiraan dengan Set Hadiah Amazin’ Graze Nut Pack terbaru daripada Christy Ng.

Kalau korang tengok design beg Christy Ng kali ini diinspirasikan oleh corak Istana Oriental. Memang ‘cun’ kalau nak dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada saudara-mara!

Ia terbahagi kepada dua saiz beg iaitu mini dan juga besar. Campuran produk kekacang Amazin’ Grace berbeza pada kedua-dua saiz beg Christy Ng ini.

Christy Ng dan Set Hadiah Amazin’ Graze Nut Pack (saiz mini)

christy ng amazin' graze

Untuk set hadiah Amazin’ Graze terbaru daripada Christy Ng (mini) ini hanya bernilai RM87.70! Dengan harga yang sangat berpatutan, korang bukan saja boleh hadiahkan beg, malah ada juga pelbagai campuran kacang yang sihat serta kepingan kerepek ‘hummus’ dari Amazin’ Graze.

Untuk info, set campuran kacang ini menampilkan kombinasi kacang rangup yang lazat iaitu perisa Kelapa Kari Limau dan Kelapa Pandan. Manakala untuk kerepek ‘hummus’ pula, ia hadir dengan perisa Tomato Manis & Basil.

Christy Ng dan Set Hadiah Amazin’ Graze Nut Pack (saiz besar)

christy ng amazin' graze

Set hadiah Amazin’ Graze Nut Pack terbaru daripada Christy Ng (saiz besar) berharga RM95.70 je! Memang sesuai sangat untuk diberikan kepada sanak-saudara ketika meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama.

Lagi best, ia datang dengan tiga campuran kacang 100gm yang sihat dan berbeza perisa iaitu Cili Manis, Rumpai Laut Miso dan Kelapa Pandan!

Nak lagi cantik dan unik, jangan lupa monogramkan nama anda ataupun orang yang akan menerima set hadiah ini di bahagian kosong beg keluaran Christy Ng kali ini.

Jangan lupa untuk serbu laman web rasmi Christy Ng untuk mendapatkan set hadiah ini sekarang juga. Cepat-cepat!

christy ng x auto bavarian
11 months ago

Warna 'Bold' Dan Corak Estetik Retro, Koleksi Christy Ng x Auto Bavaria Pasti Buat Penampilan Anda Lengkap!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Christy Ng

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...