Gabungan Konsep Moden & Klasik, Jom Sambut Raya Dengan Koleksi Rekaan Batik Christy Ng x UNIQLO UTme!

Branded

Gabungan Konsep Moden & Klasik, Jom Sambut Raya Dengan Koleksi Rekaan Batik Christy Ng x UNIQLO UTme!

Seperti yang sedia maklum, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan, haa pasti ramai yang sudah terfikir design apa yang sesuai untuk digayakan pada hari raya nanti kan?

Kalau anda nak tahu, menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tahun ini, jenama terkenal, Christy Ng telah mengadakan kolaborasi bersama UNIQLO bagi koleksi terbaharu UTme.

Apa yang menarik tentang koleksi UTme kali ini ialah rekaannya diinspirasikan daripada batik dan berkonsepkan tradisional tempatan!

Bukan hanya menampilkan design baju tshirt, malah terdapat juga koleksi beg tote yang direka khusus untuk perayaan kali ini.

Design ilustrasi yang direka oleh pereka dari Christy Ng ini menggambarkan suasana rumah dan aktiviti di kampung halaman serta pemandangan gunung-ganang yang indah. Wah cantiknya!

Secara tidak langsung, ianya membuatkan koleksi kali ini cukup sinonim dengan citarasa orang tempatan yang menggemari konsep gabungan moden dan klasik.

Kalau anda mahukan pilihan yang lain, jangan risau! Koleksi ini juga menawarkan pelbagai warna dan reka bentuk berbeza yang boleh didapati pelanggan.

Tidak hanya itu, hasil kerjasama ini mempunyai keistimewaan dimana pelanggan boleh menghasilkan rekaan sendiri untuk memenuhi citarasa sendiri.

Untuk pengetahuan, tshirt dan beg tote dengan cetakan UTme! UNIQLO X Christy Ng ini ditawarkan dengan harga RM59.90 dan RM79.90 setiap satu.

Tunggu apa lagi, jom dapatkan rekaan terkini di laman web rasmi Christy Ng atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram.

Christy Ng X Hello Kitty
2 years ago

Comelnya! Kolaborasi Antara Christy Ng & Hello Kitty Ini Confirm Buat OOTD Anda Makin Menyerlah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...