Comelnya! Kolaborasi Antara Christy Ng & Hello Kitty Ini Confirm Buat OOTD Anda Makin Menyerlah!

Branded

Comelnya! Kolaborasi Antara Christy Ng & Hello Kitty Ini Confirm Buat OOTD Anda Makin Menyerlah!

Siapa je yang tak kenal dengan usahawan tersohor Christy Ng? Haa, semua produk yang dihasilkan oleh beliau mempunyai keunikan tersendiri serta terletak cantik pada si pemakai tau!

Menariknya, untuk tidak kelihatan terlalu ‘cliche’, beliau berkolaborasi bersama jenama-jenama terkemuka dan mengeluarkan produk-produk yang dapat menyerlahkan lagi sisi kecantikan seseorang.

Sebab itulah, baru-baru ini Christy Ng tampil dengan rekaan yang sangat comel serta vibe yang riang, hasil kolaborasi bersama Hello Kitty. Wow, macam best je! Jom tengok sama-sama!

Gandingkan Outfit Comel Dengan Rekaan Christy Ng x Hello Kitty EDISI TERHAD!

Untuk pengetahuan, kerjasama eksklusif bersama Hello Kitty ini bukan saja menampilkan watak terkenal daripada Sanrio, malah ada juga unsur-unsur unik yang dapat mengeluarkan aura kecomelan serta keriangan rekaan menerusi warna pop trendy! 

Kolaborasi kali ini menampilkan 4 koleksi mini yang mana rekaan terbaru akan keluar pada setiap minggu bulan September. Wow, berahsia ya Christy Ng kali ni, makin tak sabar pula nak tahu! 

Untuk minggu ini, #ChristyNgXHelloKitty mengeluarkan koleksi pertama mereka iaitu Monogram yang mana ia mempamerkan gabungan huruf Christy Ng serta bowtie Hello Kitty, menjadi satu simbol yang comel. Menarik! 

Selain itu, koleksi ini hadir dengan 3 barangan iaitu Grocery Tote, Mini Grocery Tote dan Lanyard

Christy Ng X Hello Kitty

Grocery Tote dan Mini Grocery Tote

Haa, agak-agak dah bosan dengan beg yang anda selalu gunakan sekarang ni, lebih baik anda dapatkan Grocery Tote dan Mini Grocery Tote koleksi Monogram ini sebab bukan saja mempunyai rekaan yang cool, malah ia sesuai digandingkan dengan semua jenis outfit! 

Christy Ng X Hello Kitty

Lanyard

Kalau anda nak kelihatan lebih stylish dan cute pada masa yang sama, anda wajib dapatkan ketiga-tiga barangan ini tau, barulah comel! 

Selain Monogram, mereka juga hadir dengan koleksi Basic yang menampilkan gaya lebih minimalis tapi masih lagi mengekalkan sisi kecomelan rekaan. 

Sama seperti koleksi Monogram, Basic ini hadir dengan 3 barangan iaitu Grocery Tote, Mini Grocery Tote dan Pouch.

Christy Ng X Hello Kitty

Grocery Tote dan Mini Grocery Tote

Kalau anda tak ada tote beg yang mempunyai rekaan minimalis, anda wajib dapatkan Grocery Tote dan Mini Grocery Tote, barulah lengkap almari anda!

Christy Ng X Hello Kitty

Pouch

Zaman sekarang ni kita kena bawa barang-barang make up yang basic ke mana saja tau. Maklumlah, risau kalau terjumpa crush dekat luar, takut masa tu muka kita tak ready pula. Sebab itu lah, anda wajib dapatkan pouch ini, kecil dan mudah di bawa ke mana saja!

Koleksi seterusnya ini confirm akan buat anda jatuh cinta sebab ia mempunyai rekaan yang sangat comel dan detail! Haa, koleksi ketiga daripada Christy Ng X Hello Kitty adalah Kitty Town.

Ia hadir dengan 3 barangan iaitu Grocery Tote, Mini Grocery Tote dan Wallet tau. Jom tengok!

Christy Ng X Hello Kitty

Grocery Tote dan Mini Grocery Tote

Wah, comelnya rekaan untuk koleksi Kitty Town ni! Kalau anda dapatkan kedua-dua beg, confirm dapat menarik perhatian orang ramai!

Christy Ng X Hello Kitty

Wallet

Siapa yang suka simpan duit syilling, resit atau apa-apa barangan kecil dalam beg tu, lebih baik dapatkan wallet koleksi Kitty Town ini sebab bukan saja dapat membuatkan beg lebih kemas, malah ia memudahkan anda untuk mencari barangan kecil yang diperlukan.

Koleksi terakhir dalam #ChristyNgXHelloKitty adalah Patchwork yang mana ia menampilkan rekaan yang lebih estetik dan unik! Ia juga hadir dengan 3 barangan iaitu Grocery Tote, Mini Grocery Tote dan Card Holder.

Christy Ng X Hello Kitty

Mini Grocery Tote

Wow, kalau anda pakai beg koleksi Patchwork ini, daripada jauh lagi orang dah perhatikan anda tau disebabkan oleh rekaan yang sangat unik!

Christy Ng X Hello Kitty

Card Holder

Sekarang ni kita berada di zaman cashless. Semua transaksi boleh dilakukan secara atas talian atau swipe menggunakan kad bank saja. Jadi, anda memang wajib dapatkan card holder ini supaya dapat memudahkan urusan anda serta meringankan lagi beg anda!

Wow, banyakkan koleksi rekaan daripada Christy Ng dan Hello Kitty ni? Nanti kalau anda dah kumpul semua koleksi rekaan #ChristyNgXHelloKitty ni, jangan lupa untuk muat naik gambar di media sosial dan tag Christy Ng tau! Followers perlu tahu ootd anda comel!

Untuk maklumat lanjut tentang rekaan terkini daripada Christy Ng, layari laman web rasmi di Christy Ng atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...