Fynn Jamal Respon Tweet Karl Shafek Dengar Lagu Suatu Pernah Seperti Meraung

Hiburan

Fynn Jamal Respon Tweet Karl Shafek Dengar Lagu Suatu Pernah Seperti Meraung

Dek kerana satu status yang ditulis oleh Karl Shafek di Twitter yang hanya memberikan pendapat mengenai cara nyanyian Fynn Jamal seakan meraung didalam lagu Suatu Pernah, habis semua follower tegar penyanyi tersebut membalas kenyataan Karl. Namun, ada juga yang setuju dengan Karl dimana kadang kala Fynn tidak mampu untuk bernyanyi dengan baik meskipun lirik lagunya cukup puitis.

Advertisement

Menjawab isu meraung tersebut, Fynn menerusi portal mStar Oline menjelaskan  nyanyian itu sebenarnya berkonsepkan genre theoretical  yang sudah lama popular di Barat.

Semua lagu ciptaan saya adalah puisi dan apa yang saya sampaikan bukanlah dalam bentuk nyanyian sebaliknya lebih kepada puisi berlagu. Genre lagu tersebut ialah theoretical  iaitu saya bercerita tentang sesuatu perkara diiringi lagu, namun saya akui ia masih baru dan perlukan masa untuk diterima oleh peminat muzik Malaysia.

Buat Fynn, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dalam muzik dan beliau tidak boleh memaksa semua orang menerima karya beliau tetapi Fynn tetap yakin bahawa genre yang beliau bawa itu mempunyai peminatnya tersendiri.

Menanggap ia satu perkara dalam bidang muzik, Fynn  nafi berkecil hati dengan komen Karl.

Boleh diumpamakan kalau kita nak makan dalam menu ada macam-macam jenis makanan, begitu juga muzik. Bagaimanapun, saya tidak boleh paksa mereka untuk suka muzik yang saya bawa, tapi saya percaya genre itu ada peminat tersendiri yang mahu mendengarnya.

Terima kasih kepada Karl kerana bertanya tentang itu, saya terima sahaja dan menganggap isu tersebut perkara kecil.

 

Baguslah kalau Fynn Jamal tidak berlagak sombong dan mampu menerima kritikan Karl Shafek dengan baik. Tidak perlulah berkecil hati kan Fynn sendiri cakap setiap orang ada citarasa yang berlainan dalam genre muzik. Apa-apapun, mungkin Fynn boleh cuba untuk memperbaiki mutu persembahan dan cara nyanyian beliau agar tidak lagi menjadi mangsa kritikan orang lain selepas ini, kenalah keluar daripada zon selesa jika hendak bertahan lama dalam industri hiburan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...