October 7th, 2015

Fynn Jamal antara nama selebriti baharu yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat industri hiburan Malaysia, mula aktif sebagai penyanyi indie beliau kini mempunyai sekumpulan peminat yang ramai.

Mula memperkenalkan diri  secara “mainstream” menerusi lagu Arjuna Beta, Fynn nampaknya tidak kebal daripada kontroversi. Jika sebelum ini Damien Mikhail mengatakan beliau tidak boleh menyanyi kini pelakon serta pengacara Karl Shafek seakan menyatakan perkara yang sama apabila mempersoalkan cara nyanyian Fynn  dalam satu status terbaru beliau di Twitter.

Mendapat pelbagai reaksi dan kritikan khususnya daripada Fynn, Karl menerusi portal Murai menjelaskan beliau sama sekali tidak berniat untuk memperlekehkan artis wanita berkenaan dan tidak pernah mendengar lagu Fynn sehinggalah ia dimainkan di radio beberapa hari lalu.

Sejujurnya, memang saya langsung tidak berniat untuk memperlekehkan atau menyinggung Fynn menerusi Tweet tersebut. Tweet itu adalah sekadar sebuah pertanyaan.

Saya buka radio dan saya mendengar lagu tersebut. Penyampai radio mengatakan itu lagu nyanyian Fynn dan ia merupakan kali pertama saya mendengarnya. Persoalan mengenai lagu tersebut bermain di fikiran saya dan saya memutuskan untuk Tweet perkara tersebut bagi mendapatkan jawapan.

Tak sangka pula ramai yang ‘bashed’ saya sampai saya jadi takut untuk menyemak laman Twitter milik saya. Rupanya Fynn ada kelompok peminat yang sangat besar.

Sedar tindakan beliau itu sudah menjadi satu isu yang cukup viral di media sosial, Karl telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Fynn.

Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada Fynn dan harap dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan tersebut. Sebagai seorang pendengar radio yang mendengar lagunya, timbul pertanyaan apabila saya mendengar cara Fynn menyanyi tetapi saya mengakui yang bait-bait lirik tulisannya sangat hebat dan memberi maksud mendalam.

Tidak salah untuk Karl Shafek memberikan pendapat beliau sendiri, peminat pun tidak perlu bersikap terlalu defensive terhadap sesiapa sahaja yang mengkritik Fynn Jamal.

Sumber Berita: Murai


Comments are closed.

Loading...