Dek kerana satu status yang ditulis oleh Karl Shafek di Twitter yang hanya memberikan pendapat mengenai cara nyanyian Fynn Jamal seakan meraung didalam lagu Suatu Pernah, habis semua follower tegar penyanyi tersebut membalas kenyataan Karl. Namun, ada juga yang setuju dengan Karl dimana kadang kala Fynn tidak mampu untuk bernyanyi dengan baik meskipun lirik lagunya cukup puitis.
Menjawab isu meraung tersebut, Fynn menerusi portal mStar Oline menjelaskan nyanyian itu sebenarnya berkonsepkan genre theoretical  yang sudah lama popular di Barat.
Semua lagu ciptaan saya adalah puisi dan apa yang saya sampaikan bukanlah dalam bentuk nyanyian sebaliknya lebih kepada puisi berlagu. Genre lagu tersebut ialah theoretical iaitu saya bercerita tentang sesuatu perkara diiringi lagu, namun saya akui ia masih baru dan perlukan masa untuk diterima oleh peminat muzik Malaysia.
Buat Fynn, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dalam muzik dan beliau tidak boleh memaksa semua orang menerima karya beliau tetapi Fynn tetap yakin bahawa genre yang beliau bawa itu mempunyai peminatnya tersendiri.
Menanggap ia satu perkara dalam bidang muzik, Fynn nafi berkecil hati dengan komen Karl.
Boleh diumpamakan kalau kita nak makan dalam menu ada macam-macam jenis makanan, begitu juga muzik. Bagaimanapun, saya tidak boleh paksa mereka untuk suka muzik yang saya bawa, tapi saya percaya genre itu ada peminat tersendiri yang mahu mendengarnya.
Terima kasih kepada Karl kerana bertanya tentang itu, saya terima sahaja dan menganggap isu tersebut perkara kecil.