Selalu kita dengar individu yang bersenam mahu kekal sihat serta untuk hindarkan diri daripada dijangkiti penyakit yang merbahaya.
Bukan itu saja, malah individu yang aktif melakukan senaman kebanyakkan merasakan ia mampu memberi stamina yang kuat serta mampu melakukan aktiviti harian tanpa berasa letih.
Tetapi lain pula yang difikirkan oleh seorang gadis di TikTok baru-baru ini dan sememangnya pelik apabila mendengar tujuan sebenar dia bersukan.
Melalui video pendek tersebut, gadis terbabit memberitahu tujuannya bersenam kerana mahu kelihatan hot apabila dimandikan oleh orang lain sewaktu dirinya menjadi jenazah kelak nanti.
Biarpun kedengaran sangat tidak masuk dek akal, ramai juga yang menyokong pendapat gadis tersebut.
Malah ada yang berkata tujuan bersenam kerana mahu jenazahnya ringan sewaktu diangkat oleh orang ramai ketika berada di dalam keranda.
Barangkali sedar perkara yang dimuat naik melampaui batas, gadis terbabit telah pun memadam video berkenaan di platform TikToknya.