“From Now Saya Sendiri Akan Manage..” – Khairul Aming Akui Silap Percaya Kawan Jadi Pengurus

Kehidupan

“From Now Saya Sendiri Akan Manage..” – Khairul Aming Akui Silap Percaya Kawan Jadi Pengurus

Sebelum ini, viral di laman Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Naz yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurus peribadi atau personal assistant (PA) Khairul Aming.

Menerusi hantaran tersebut, PA Khairul Aming didakwa bersikap ‘kekwat’ dan ‘mulut puaka’ apabila dihungungi untuk berurusan mengenai influencer itu. Malah, apa yang lebih mengejutkan apabila ramai pihak yang turut menghadapi situasi sama ketika berurusan dengan pengurusnya itu.

Advertisement

Tampil memberi respon, chef selebriti media sosial itu memuat naik bebenang di laman Twitter miliknya mendedahkan penambahbaikan yang akan dilakukannya bagi menangangi isu ini.

Mengenai isu semalam, ini penambahbaikan pada masa akan datang.

Menurut Khairul Aming, dia telah memadam nombor pengurusnya di semua platform media sosial dan buat masa ini, dia sendiri yang akan menguruskan kesemua pertanyaan sehingga ada pengganti baru.

Buat masa ini, saya akan berhenti sekejap buat video untuk clients, termasuk produk makanan, restoran atau seminar dan lain-lain.

Jelasnya lagi, dia mahu memberi fokus hanya kepada penghasilan video memasak yang telah dilakukannya sejak 7 tahun lepas.

Saya nak personally minta maaf dengan semua pihak yang pernah deal dengan manager saya sebelum ni.

Malah, Khairul Aming turut mengakui kesilapannya kerana terlalu mempercayai rakan sendiri untuk menjadi pengurus dan mengendalikan semua perkara, tanpa memeriksa kualiti kerjanya sehingga ramai pihak terpaksa melalui pengalaman buruk berhadapan dengannya selama ini.

Ramai juga yang advise untuk asingkan friendship dengan business, dan saya setuju.

Walaubagaimapun, usahawan ‘Sambal Nyet’ itu mengakui sukar untuk mengasingkan persahabatan dan bisnes kerana kejayaannya bermula dari bawah bersama rakan-rakan.

Saya mengambil maklum dan akan melakukan tindakan yang perlu. Sekali lagi saya nak mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat selama ni.

Dalam pada itu, dia menitipkan ucapan terimas kasih kepada yang menyokong selama ini dan mengakui telah banyak belajar dari kesilapan yang berlaku dan cuba untuk memperbaikinya pada masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Dah La Susah Nak Reach!" - Mulut Puaka & Kekwat, PA Khairul Aming Dikecam Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. cookie clicker

    October 12, 2022 at 11:36 pm

    I think this is a case that needs to be warned because it affects many people, not just anyone.

  2. Anonymous

    September 9, 2022 at 2:23 pm

    Selalu suspek tilam belakang kita tentu org paling rapat dgn kita

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...