Pemilik empayar kecantikan Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin kembali menjadi perhatian di Threads selepas menyuarakan hasrat untuk menghidupkan semula jenama Felleraskin yang pernah melalui fasa mencabar.
Dalam satu hantaran yang tular, Khyra secara terbuka mengajak artis tempatan untuk bekerjasama, sambil mendedahkan kerugian besar yang pernah ditanggung sebelum ini.

“Ada tak Artis2 yang sudi nak bekerjasama dengan Felleraskin..? Dah rugi 3 juta menaja so tiba masa kami nak bangkit dan buktikan balik.. Yg Product Felleraskin bukan biasher2 ya,” tulisnya.
Perkongsian jujur itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada selebriti tempatan yang mula menunjukkan minat untuk berkolaborasi.
Sebelum ini, Khyra pernah berkongsi pengalaman kurang manis selepas menaja sebuah program televisyen.

“I pernah taja Anugerah Berita Harian TV3 tahun 2023.. Lepas tu i kena hentam dan dituduh penaja sengkek sedangkan i dah keluarkan duit almost 3 juta penajaan. Kereta kalau nak beli bawah 200 ribu je ada tapi i sebagai penaja yang kena hentam kaw kaw.. Itu jadi titik point business i disalah erti dan dipandang rendah..,” luahnya.
Isu tersebut turut membuka perbincangan tentang cabaran sebenar dunia penajaan dan pemasaran, yang sering kali tidak dilihat dari sudut kos dan strategi perniagaan di sebaliknya.
Bagaimanapun, perkembangan terbaru di Threads memberi sinar baharu apabila beberapa nama seperti Ara Johari, Zara Zya dan Faye Kusairi antara yang disebut warganet sebagai berpotensi untuk bekerjasama.

Lebih menarik, Khyra dilihat membalas dengan penuh keterujaan terhadap sambutan tersebut.
Perkongsian ini sekali gus memberi bayangan bahawa Felleraskin kini berada dalam fasa ‘reset’ dengan pendekatan lebih terbuka terhadap kolaborasi bersama selebriti dan pempengaruh.
Walaupun pernah mengalami kerugian besar, semangat yang ditunjukkan jelas menggambarkan usaha untuk terus bertahan dalam industri kecantikan yang kompetitif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
