‘Founder’ Dedah Pernah Dipergunakan Sifu ‘Marketing’ Untuk Tipu Testimoni, ‘Claim’ Sebagai Anak Didik

Trending

‘Founder’ Dedah Pernah Dipergunakan Sifu ‘Marketing’ Untuk Tipu Testimoni, ‘Claim’ Sebagai Anak Didik

Baru-baru ini tular tentang seorang guru usahawan yang sentap selepas ditanya oleh seorang netizen jika dia mempunyai bisnes yang terbukti berjaya.

Respon usahawan itu terhadap soalan berkenaan meraih perhatian netizen sehingga mendapat lebih 2 juta tontonan.

Advertisement

Terbaru, seorang usahawan wanita memuat naik video menceritakan pengalaman buruk yang dilaluinya bersama seorang guru usahawan suatu ketika dahulu.

Kata usahawan yang mesra dipanggil Kak Na atau Akak Hello Kitty itu, dia pernah dipanggil serta dipergunakan oleh guru usahawan di dalam salah satu kelas seminar dianjurkannya.

Menceritakan kisah itu dari awal, Kak Na berkata dia dan keluarga pernah tular suatu ketika dahulu kerana beraya dengan baju Hello Kitty.

Jelasnya, dia sendiri tidak menyangka nasibnya berubah dan rezeki melimpah ruah apabila ramai mahu menempah baju dengannya sejak gambarnya tular.

Sehinggalah suatu hari pada tahun 2017, dia mendapat jemputan untuk hadir ke seminar pemasaran secara percuma sedangkan peserta lain membayar hingga puluhan ribu.

Rupanya, apabila tiba di seminar anjuran guru pemasaran itu barulah Kak Na tahu dia sebenarnya dipergunakan olehnya untuk menjadi ‘testimoni’ palsu.

Menurut Kak Na, guru tersebut mendakwa kejayaan bisnes baju itu adalah atas bimbingan dan tunjuk ajarnya.

Padahal first time aku jumpa dia. Terkejut aku, sumpah.”

@founderputehjeliyta

#stitch dengan @farqhan.com kita pun terkena jugak tapi kita ni org gunakan kita bila Nampak org tgh viral & Nak naik mula la dorang ckp d sbb Kan dia la marketing tu Jadi..

? bunyi asal – Kakak Hello Kitty – Kakak Hello Kitty

Perkongsian Kak Na meraih perhatian ramai netizen di mana rata-ratanya mengkritik tindakan guru pemasaran tersebut meskipun namanya tidak didedahkan, kerana sesuka hati ‘claim’ kejayaan orang lain adalah hasil bimbingannya.

sifu pemasaran
4 bulan lalu

(VIDEO) "You All Berjaya Apa?" - Sifu Pemasaran 'Koyak' Disoal Netizen Di TikTok, Anggap Tanya Soalan Bodoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...