(VIDEO) “You All Berjaya Apa?” – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Disoal Netizen Di TikTok, Anggap Tanya Soalan Bodoh

Hiburan

(VIDEO) “You All Berjaya Apa?” – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Disoal Netizen Di TikTok, Anggap Tanya Soalan Bodoh

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila reaksi daripada ‘sifu’ bidang pemasaran terkenal dikatakan ‘koyak’ ketika ditanyakan seorang individu mengenai perniagaannya lain selain kursus bisnes yang dilakukan selama ini.

Individu itu dilihat bertanya kepada sifu pemasaran itu mengenai bisnes lain yang diusahakan namun telah mendapat respon yang tidak disangka-sangka.

Advertisement

Sifu itu berkata individu berkenaan telah bertanyakan soalan bodoh dan menyoal kembali lelaki itu tentang pencapaiannya pula.

You tu berjaya apa? Selain berjaya nak membongak dalam komen tu. You all berjaya apa? Ada buat kelas untuk usahawan? Bodoh la buat soalan tu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai berasa terhibur dan tidak menyangka sifu pemasaran dan bisnes itu akan ‘koyak’ dengan soalan mudah yang diajukan netizen.

TikTokSumber : TikTok  

“Koyak rupanya dia ni. Tapi memang teringin nak tahu dia bisnes apa. Lepas tu siapa anak didik dia yang berjaya tu?” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

suami hukum isteri belanja 300
2 years ago

“Boros!!” - Beli Barang Dapur Sampai RM300, Suami Hukum Isteri Cuci Peti Sejuk Sampai Jam 2 Pagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TIkTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...