(Foto) : Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim & Dennis Muhammad Abdullah Selamat Bernikah.

Trending

(Foto) : Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim & Dennis Muhammad Abdullah Selamat Bernikah.

Selamat sudah majlis pernikahan YAM Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah bersama pasangannya Encik Dennis Muhammad Abdullah secara tertutup di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.

Advertisement

Perkhabaran gembira ini telah dikongsikan oleh laman facebook JOHOR Southern Tigers.

7 years ago

Tunku Tun Aminah Bakal Langsung Perkahwinan, Dennis Muhammad Pilihan Puteri Tunggal Sultan Johor.

Jejaka pilihan hati Tunku Tun Aminah Dennis, adalah anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas. Dennis Muhammad Abdullah menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Dennis memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

Jom lihat beberapa foto menarik sepanjang upacara pernikahan ini..

Moga dipanjangkan umur dan berbahagia hingga ke jannah. Tahniah dari kami di Amazing Nara!

Kredit : JOHOR Southern Tigers

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...