Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ada segelintir dari kita yang masih ingkar dengan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa. Ada juga yang telah ditahan pihak berkuasa.
Seperti yang kita sedia maklum, masih lagi terdapat kes COVID-19 baru setiap hari.
Tidak dilupakan juga, dengan insentif yang telah diberi oleh kerajaan seperti internet percuma sepanjang PKP (eg; Astro, HyppTV dan Netflix) dan macam-macam lagi, bekalan makanan yang masih cukup dan dengan adanya pembelian atas talian, ia pastinya pengalaman kehidupan harian yang lebih berbeza. Walaupun dalam PKP, tahap keselesaannya ibaratkan langit dan bumi
Jadi apa lagi alasan anda untuk tidak duduk di rumah dan setiap hari mempunyai pelbagai alasan untuk melanggar arahan PKP?
Bersamalah kita berkerjasama untuk membantu kerajaan dalam usaha menangani wabak COVID-19 dengan #StayAtHome.