Ketua Keluarga Boleh Tarik Nafas Lega, AEON Sediakan Servis ‘Personal Shopper’

COVID-19

Ketua Keluarga Boleh Tarik Nafas Lega, AEON Sediakan Servis ‘Personal Shopper’

Perintah Kawalan Pergerakan telah meminta semua rakyat Malaysia memberikan kerjasama dengan duduk di rumah dan mengehadkan pergerakan di luar. Ini bertujuan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Arahan terbaru yang dikeluarkan berkaitan arahan ini ialah hanya ketua keluarga yang dibenarkan untuk keluar atas urusan membeli barang keperluan khususnya barang makanan. Bermakna, arahan ini akan diuruskan oleh kaum lelaki untuk membeli keperluan bahan basah atau bahan kering yang sebelum ini banyak diuruskan oleh kaum wanita.

Advertisement

Pelbagai reaksi cemas dan kelakar yang dikongsikan oleh rata-rata para suami di media sosial kerana tersilap mendapatkan barang yang telah dipesan. Meskipun pesanan tersebut telah disertakan dengan senarai barangan.

AEON prihatin dan memahami ‘tugas berat’ yang diberikan kepada kaum lelaki dengan itu telah memperkenalkan servis personal shopper. Servis perkhidmatan ini akan membantu pelanggan mereka untuk memenuhi senarai barangan yang dikehendaki. Pelanggan hanya perlu memberikan senarai barang dan pekerja yang bertugas akan membantu.

Sementara pekerja menyiapkan keperluan senarai barangan pelanggan, pelanggan boleh memilih untuk tunggu di dalam kereta dan akan dihubungi apabila kesemua barangan telah dipenuhi. Secara tidak langsung, social distancing pelanggan akan lebih terjamin. Pastinya kaum lelaki tidak akan mempunyai masalah tersilap membeli keperluan. Lebih-lebih lagi kaum perempuan sangat cerewet dengan jenis dan jenama barangan yang ingin dibeli.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...