Penyanyi Bad Indigo memaklumkan bahawa dia kini sedang berada dalam fasa bahagia melampau kerana sudah menemui pengganti yang boleh mengisi kekosongan hati.
Dia yang baru sahaja bercerai dengan penyanyi Ashira sekitar bulan Jun yang lalu berkata demikian setelah tular foto seorang wanita yang dimuat naik Bad di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Namun begitu, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, enggan lagi mendedahkan status dan identiti teman wanitanya itu dan akan memaklumkan apabila tiba masanya.
Kalau orang ucap tahniah, saya terima sahaja dan balas dengan ucapan syukur. Apa boleh saya katakan sekarang ini, saya bahagia yang melampau!
Ketika ditanyakan soal cinta, Bad berkata dia tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima kehadiran wanita baru bagi menggantikan Ashira sebelum ini.
Hati ini milik Allah, saya pun tak pernah tutup hati untuk menerima orang baru. Kalau Allah sudah kata jadi maka jadilah ia.
Dia juga sempat mengucapkan terima kasih di atas doa peminat dan rakan-rakan yang mendoakan dia untuk terus bahagia dan dipermudahkan urusan.
Sekadar info, Bad dan Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat kedua-duanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.