Model, pelakon dan juga pensohor media sosial antarabangsa, Kim Kardashian baru-baru ini ada memuat naik dekorasi kediamannya untuk tatapan pengikutnya di media sosial Instagram.
Difahamkan rumah milik pelakon siri Keeping Up With The Kardashian itu bernilai lebih RM101 juta dan mengetengahkan konsep minimalis.
Mengambil konsep minima dengan reka bentuk ringkas, Kim mengakui dia memilih konsep itu kerana terlalu banyak ‘kekacauan’ yang kini terjadi di seluruh dunia.
Semua benda di rumah sangat minimal. Saya lihat banyak kekacauan di dunia dan ketika pulang ke rumah, saya ingin berasa sunyi dan mahu semuanya tenang.
Namun begitu, dia memaklumkan bahawa anak-anaknya berhak memilih selera dan idea hiasan bilik masing-masing.
Dalam foto yang dikongsikan bekas isteri penyanyi rap Kanye West itu, kebanyakan dekorasi perabot dan dinding terdiri daripada batu marmar dan warna polos sehingga kelihatan sedikit pucat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan kediaman Kim tak ubah seperti dalam rumah sakit jiwa.
Kata warga maya, mereka dapat merasakan ‘vibes’ kemurungan apabila melihat keadaan rumah Kim.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.