July 25th, 2016

Umum mengetahui pelakon Fiza Halim atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite sudah mempunyai kekasih hati baru selepas bercerai dengan Adam AF2.

Sebelum ini, beliau mengakui kekasihnya itu merupakan seorang juruterbang tetapi Fiza masih belum bersedia untuk mendedahkan jejaka berkenaan kepada umum.

Namun, sedang kami melayari laman Instagram kami terlihat seorang lelaki telah memuat naik foto mesra bersama Fiza. Kami tertanya apa agaknya hubungan beliau dengan Fiza.

Selepas itu, kami terjumpa foto yang sama dimuat naik oleh Fiza menerusi akaun Instagramnya. Cuma kali ini, Fiza “crop” bahagian lelaki berkenaan. Walaubagaimanapun, ia foto yang sama dimuat naik oleh lelaki berkenaan atas akaun @ejataljefri.

Fiza juga ada menyertakan hashtag #missyoualready #mylove #myteddy #mybunny di foto berkenaan. Ia jelas menunjukkan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan.

Tambahan pula, lelaki itu sememangnya bekerja sebagai seorang juruterbang berpangkat Kapten di Malindo Air.

Mungkinkah lelaki itu adalah kekasih hati Fiza yang disembunyikan selama ini? Ermm,kalau benar apa salahnya untuk Fiza berterus-terang. Kami pasti ramai yang mendoakan kebahagiaan anda.


Comments are closed.

Loading...