May 20th, 2016

Apabila pelakon Fiza Halim mengakui beliau sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenali sebagai J, ada beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa Fiza cepat sungguh mencari pengganti sedangkan beliau baru beberapa bulan bercerai dengan Adam.

Jelas Fiza, beliau mula bercinta semula selepas tamat tempoh edah dan adakah ia menjadi satu kesalahan untuk beliau memulakan hubungan baharu sedangkan beliau juga manusia biasa yang memerlukan kasih sayang.

Salahkah kalau saya mahu memulakan hubungan yang baharu? Kami mula kenal selepas saya habis idah pada Disember lalu. Saya dan Adam bercerai pada September, taklah baru pun.

Salahkah saya untuk punya seorang lelaki dalam hidup, setelah apa yang berlaku sebelum ini? Sebagai manusia biasa, semua orang perlukan kasih sayang dan perhatian. Saya pun macam itu juga. Jangan hendak pandang buruk sebab semua manusia sama saja.

Pada masa yang sama, Fiza mendedahkan kekasihnya itu merupakan seorang juruterbang dan 5 tahun lebih muda daripada beliau. Malah, beliau akui foto lelaki yang mukanya tertutup didalam foto yang dimuat naik oleh Fiza di Instagram adalah kekasihnya.

Saya tak nafikan, gambar lelaki dengan muka ‘bertutup’ tu, memang dialah orangnya. Dia teman lelaki saya sekarang.  Dia pilot, umur pun memang muda berbanding saya.

Dia baru 30 tahun, saya sudah hendak mahu 35 tahun. Kadang-kadang rasa juga yang saya ni sudah tua berbanding dia. Tetapi, apa boleh buat, bila hati sudah suka.

Tambah Fiza, kekasihnya itu seorang yang romantis, memahami dan pandai menjaga hatinya. Anak-anak Fiza juga cukup senang dengan kehadiran kekasihnya itu.

Tiada apa yang kami boleh katakan selain mendoakan yang terbaik buat Fiza Halim dan kekasihnya. InshaAllah ada jodoh untuk bersatu di masa hadapan.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...